Keputusan Peperiksaan PTK Siri 1 Tahun 2009 telah di keluarkan. PPL negeri / wakil adalah di minta untuk mengambilnya di Unit Kompetensi, JBPM, Putrajaya. Keputusan tersebut telah di luluskan oleh Lembaga Kompetensi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah bersidang pada 14 September, 2009. CALON YANG TIDAK MENDAPAT KEPUTUSAN PTK SIRIi 1/2009 Calon yang di tolak keputusan atas sebab-sebab berikut: i. No. Kad Pengenalan Calon tidak lengkap - berbeza antara pendaftaran dan kertas jawapan OMR ii. No. Kad Pengenalan Calon dalam kertas jawapan OMR tidak lengkap (sukar di kenalpasti) / tidak di isi langsung iii. Calon mendaftar tetapi tidak hadir / tiada kertas jawapan OMR calon. iv. Jenis Kompetensi yang di ambil (Generik/Fungsional) tidak di tandakan semasa mendaftar. v. Calon tidak mendaftar, tetapi hadir peperiksaan - Kertas Jawapan OMR gagal mengenali calon. PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN PTK KEPADA 23, 24 DAN 25 NOVEBER 2009 (ISNIN, SELASA DAN RABU) Pindaan tarikh tersebut adalah di sebabkan tarikh Perayaan Hari Raya Aidil Adha pada 27 November, 2009 CALON YANG TIDAK MENDAPAT KEPUTUSAN PTK ATAU SLIP MAKLUMAT CALON TIDAK TEPAT
Calon yang tidak mendapat keputusan adalah calon yang tidak mendaftar. Ada kedapatan negeri yang mengemukakan senarai nama yang belum mendapat keputusan PTK merupakan calon yang tiada dalam senarai pendaftaran. Sila tuan pastikan semakan pendaftaran telah di buat terlebih dahulu di menu 'Semakan Status Daftar' (boleh diakses oleh calon), sebelum mengemukakan sebarang senarai. Maklumat keterangan Angka Giliran - Contoh 17120800001-17-Gred Jawatan, 1-Tahap Kecekapan, 2- Siri, 08-Tahun, 00001 - Giliran Calon di beri tempoh sebulan sebelum peperiksaan untuk menyemak dan memastikan data maklumat calon adalah tepat dan betul. Pindaan maklumat calon selepas slip keputusan di keluarkan tidak mengubah apa-apa keputusan. PENDAFTARAN 'ATAS TALIAN' PENGAWAS PEPERIKSAAN PTK SIRI 2/2009 Adalah di maklumkan bahawa Peperiksaan PTK Siri 1/2009 akan bermula pada bulan Jun 2009. PPL Negeri/ PYB di minta mengemukakan senarai pengawas PTK Siri 1/2009 'Atas Talian'(online) segera di menu 'setup pengawas' dan menyatakan cadangan pusat peperiksaan yang di pohon di bawah kemasukan 'Kod Pusat'. NOTIS SERANGAN WORM DAN CUBAAN EKSPLOITASI PENYEBARANNYA Punca Lokasi Penyerang: CHINA Adalah di maklumkan bahawa terdapat cubaan penyebaran Worm ke Laman Web PTK dan mengeksploitasikan kelemahan-kelemahan dalam aplikasi sistem PTK khususnya kepada peperiksaan PTK Siri 2/2008. Walaubagaimana pun cubaan ini telah berjaya di kesan dan Urusetia Unit Kompetensi telah berusaha mengatasinya dengan bantuan agensi Kerajaan lain. Adalah di harapkan pihak tuan, khususnya PPL dan PYB mendaftar dapat memaklumkan kepada urusetia berkaitan apa-apa permasalahan semasa pendaftaran peperiksaan siri 1/2009 untuk pihak Urusetia mengambil tindakan sewajarnya. Pihak Urusetia di fahamkan perkara ini akan dapat di atasi sedikit masa lagi bagi menentukan urusan lain akan berjalan seperti biasa. Sila tuan maklumkan kepada pegawai tuan mengenai perkara ini. - Unit Kompetensi, JBPM. PENTING! PPL Negeri /PYB mendaftar calon di ingatkan supaya sentiasa kemaskini butiran penting calon dan pastikan butiran yang betul di masukkan dalam sistem PTK. Sila cetak butiran kemasukan setiap calon dan di berikan kepada setiap calon bagi mengesahkan pendaftaran calon tersebut telah di buat dan sebarang pembetulan daripada calon boleh di buat oleh PPL/PYB (Gunakan 'icon' yang di nyatakan di bawah). * Data calon hanya akan di import (diguna) oleh Urusetia Kompetensi untuk pemerosesan pemarkahan calon selepas semua kertas jawapan calon di imbas oleh Mesin OMR. Sebarang Ubahsuai(edit) calon selepas dari urusan ini akan di abaikan.
|