Saturday, 31 July 2010
Company Home
Utama arrow Kalendar Peperiksaan
MENU UTAMA
Utama
Maklumat Unit
Hubungi Kami
Berita
Panduan Pengguna
Sukatan Peperiksaan
Jadual Peperiksaan
Daftar Calon Atas Talian
Semakan Daftar Atas Talian
Semak Keputusan Atas Talian
Muat Turun
Carian
FAQs/Soalan Lazim
Surat / Pekeliling
Kalendar Peperiksaan
Garis Panduan
PAUTAN PEKELILING

JPA
MAMPU
Perbendaharaan
Peperiksaan JPA (Perkhidmatan)
Soalan Lazim JPA Mengenai PTK
MUAT TURUN TERBARU
Kalendar Peperiksaan
Previous month Previous day Next day Next month
See by year See by month See by week See Today Search Jump to month
Events for
Wednesday, February 03 2010
  • PENDAFTARAN KURSUS PTK SIRI 1 TAHUN 2010 SEMUA GRE ... by  This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it  ::  PTK2010
  • PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PSJ SIRI 1 by  This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it  ::  PSJ2010



JEvents v1.4.2   Copyright © 2006-2007

CALENDAR
INFORMASI TERKINI
MAKLUMAT TERKINI
DAPATKAN SEKARANG! - SUKATAN TERBARU PTK GRED KB17 - KB54 UNTUK PELAKSANAAN SIRI 1/2010Image
Sukatan terbaru PTK boleh dimuat turun oleh semua calon sekarang. Pelaksanaan PTK pada tahun 2010 adalah mengguna pakai sukatan terbaru ini. Harap maklum.
PENDAFTARAN PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) 1/2010 (KB41 - KB54), PTK (17-38) 1/2010 DAN PEPERIKSAAN PSJ 1/2010 ATAS TALIAN - (sila benarkan pop-up) Image

Pendaftaran calon atas talian telah di buka bagi PPK Siri 1/2010, peperiksaan PTK Siri 1/2010 dan Peperiksaan PSJ Siri 1/2010.  Sila lihat Kalendar Peperiksaan.

Bermula Siri 1/2010, kaedah penilaian melalui Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) adalah bagi Gred KB41 - KB54.  Bagi Gred KB 17 - KB38 dan  J17-J38, kaedah penilaian ialah melalui kaedah sedia ada iaitu peperiksaan (Soalan aneka pilihan).

 

TINDAKAN SEGERA PEGAWAI PENDAFTAR / CALON PTK SIRI 1/2009 Image

Perkara-perkara berikut menyebabkan keputusan calon menghadapi masalah di tolak (disqualified)

1.     Pastikan pendaftaran No. Kad Pengenalan Calon adalah betul dan merupakan No. Kad Pengenalan Baru (12 digit) dan mencukupi.

2.     Pastikan Jenis Kompetensi yang di ambil dalam pendaftaran di tandakan (Kompetensi Generik/Fungsional / Kedua-duanya)

3.     Pastikan calon menandakan (hitamkan) di ruangan No. Kad Pengenalan kesemua nombor (12 nombor) pada kertas jawapan OMR calon semasa peperiksaan

4.     Pastikan jenis pensil yang di gunakan hendaklah dari jenis 2B atau jenis yang setaraf dengannya semasa peperiksaan

5.     Pastikan  jawapan yang salah dipadamkan dengan sempurna bagi mengelakkan 2 jawapan di imbas oleh mesin OMR pada suatu soalan. Mesin OMR tidak akan memberikan jawapan kepada soalan yang berlaku keadaan sedemikian.

6.     Pastikan calon menyemak sendiri pendaftaran di menu "SEMAKAN STATUS DAFTAR" dan mencetaknya bagi memastikan pendafaran yang tepat

7.     Pastikan No. Kad Pengenalan di tulis di kertas jawapan OMR bagi memudahkan Urusetia menyemak dan mengesan bagi kertas yang gagal diimbas oleh mesin OMR.     Mesin OMR akan menolak kertas jawapan jumlah bilangan No. kad Pengenalan yang di hitamkan tidak mencukupi 12 hitaman pada 12 ruangan.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PTK SIRI 1 TAHUN 2009 TELAH DIKELUARKAN 

 

Keputusan Peperiksaan PTK Siri 1 Tahun 2009 telah di keluarkan.  PPL negeri / wakil adalah di minta untuk mengambilnya di Unit Kompetensi, JBPM, Putrajaya.   Keputusan tersebut telah di luluskan oleh Lembaga Kompetensi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah bersidang pada 14 September, 2009. 

CALON YANG TIDAK MENDAPAT KEPUTUSAN PTK SIRIi 1/2009

Calon yang di tolak keputusan atas sebab-sebab berikut:

i.     No. Kad Pengenalan Calon tidak lengkap - berbeza antara pendaftaran dan kertas jawapan OMR

ii.    No. Kad Pengenalan Calon dalam kertas jawapan OMR tidak lengkap (sukar di kenalpasti) / tidak di isi langsung

iii.   Calon mendaftar tetapi tidak hadir / tiada kertas jawapan OMR calon.

iv.   Jenis Kompetensi yang di ambil (Generik/Fungsional) tidak di tandakan semasa mendaftar.

v.    Calon tidak mendaftar, tetapi hadir peperiksaan - Kertas Jawapan OMR gagal mengenali calon. 

 

 PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN PTK KEPADA 23, 24 DAN 25 NOVEBER 2009 (ISNIN, SELASA DAN RABU)

Pindaan tarikh tersebut adalah di sebabkan tarikh Perayaan Hari Raya Aidil Adha pada 27 November, 2009

CALON YANG TIDAK MENDAPAT KEPUTUSAN PTK  ATAU SLIP MAKLUMAT CALON TIDAK TEPAT

Calon yang tidak mendapat keputusan adalah calon yang tidak mendaftar. Ada kedapatan negeri yang mengemukakan senarai nama yang belum mendapat keputusan PTK merupakan calon yang tiada dalam senarai pendaftaran. Sila tuan pastikan semakan pendaftaran telah di buat terlebih dahulu di menu 'Semakan Status Daftar' (boleh diakses oleh calon), sebelum mengemukakan sebarang senarai. Maklumat keterangan Angka Giliran - Contoh 17120800001-17-Gred Jawatan, 1-Tahap Kecekapan, 2- Siri, 08-Tahun, 00001 - Giliran

Calon di beri tempoh sebulan sebelum peperiksaan untuk menyemak dan memastikan data maklumat calon adalah tepat dan betul.  Pindaan maklumat calon selepas slip keputusan di keluarkan tidak mengubah apa-apa keputusan.  

PENDAFTARAN 'ATAS TALIAN' PENGAWAS PEPERIKSAAN PTK SIRI 2/2009

Adalah di maklumkan bahawa Peperiksaan PTK Siri 1/2009 akan bermula pada bulan Jun 2009.  PPL Negeri/ PYB di minta mengemukakan senarai pengawas PTK Siri 1/2009 'Atas Talian'(online) segera di menu 'setup pengawas' dan menyatakan cadangan pusat peperiksaan yang di pohon di bawah kemasukan 'Kod Pusat'.

NOTIS SERANGAN WORM DAN CUBAAN EKSPLOITASI  PENYEBARANNYA 

Punca Lokasi Penyerang: CHINA 

Adalah di maklumkan bahawa terdapat cubaan penyebaran Worm ke Laman Web PTK dan mengeksploitasikan kelemahan-kelemahan dalam aplikasi sistem PTK khususnya kepada peperiksaan PTK Siri 2/2008. Walaubagaimana pun cubaan ini telah berjaya di kesan dan Urusetia Unit Kompetensi telah berusaha mengatasinya dengan bantuan agensi Kerajaan lain.  Adalah di harapkan pihak tuan, khususnya PPL dan PYB mendaftar dapat memaklumkan kepada urusetia berkaitan apa-apa permasalahan semasa pendaftaran peperiksaan siri 1/2009 untuk pihak Urusetia mengambil tindakan sewajarnya.

Pihak Urusetia di fahamkan perkara ini akan dapat di atasi sedikit masa lagi bagi menentukan urusan lain akan berjalan seperti biasa.  Sila tuan maklumkan kepada pegawai tuan mengenai perkara ini.                     - Unit Kompetensi, JBPM.

PENTING!

PPL Negeri /PYB mendaftar calon di ingatkan supaya sentiasa kemaskini butiran penting calon dan pastikan butiran yang betul di masukkan dalam sistem PTK. Sila cetak butiran kemasukan setiap calon dan di berikan kepada setiap calon bagi mengesahkan pendaftaran calon tersebut telah di buat dan sebarang pembetulan daripada calon boleh di buat oleh PPL/PYB (Gunakan 'icon' yang di nyatakan di bawah).

* Data calon hanya akan di import (diguna) oleh Urusetia Kompetensi untuk pemerosesan pemarkahan calon selepas semua kertas jawapan calon di imbas oleh Mesin OMR. Sebarang Ubahsuai(edit) calon selepas dari urusan ini akan di abaikan.




 
MAKLUMAT TERKINI
PELAKSANAAN KEBENARAN MENGULANG SEKALI SAHAJA BAGI TUJUAN MEMPERBAIKI KEPUTUSAN PTK KHASNYA KEPADA CALON YANG LULUS TAHAP KOMPETENSI ARAS III (KOMBINASI KOMPONEN GENERIK (UMUM) + KOMPONEN FUNGSIONAL(KHUSUS) Image

Bermula tahun 2010, Jabatan Bomba akan melaksanakan Peperiksaan PTK (Gred KB17, KB22, KB24, KB26, KB29, KB32, KB38, J17, J22, J29, J36) / Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) bagi yang berkursus (KB41, KB44, KB48, KB52 dan KB54).  Oleh itu, bagi Siri 1/  2010 Peperiksaan PTK / PPK , calon di benarkan menduduki Peperiksaan PTK / PPK.  Calon yang telah mendapat Tahap Kompetensi Aras III (Komponen Generik + Komponen Fungsional) pada Siri 1, boleh menduduki Peperiksaan Siri 2/2010 atau memilih mana-mana siri selepas Siri 1 untuk memperbaiki keputusan mana-mana komponen atau kedua-dua komponen yang ingin di perbaiki (setelah membuat persediaan yang cukup rapi) sekali  sahaja. Contohnya, jika calon A yang mendapat Tahap Kompetensi Aras III (Komponen Generik mendapat Gred B - dahulu di panggil  "Aras III"  dan Komponen Fungsional mendapat Gred B - dahulu di panggil "Aras III")  telah menduduki Peperiksaan Siri 2/2010 untuk memperbaiki keputusan kedua-dua komponen dengan harapan untuk mendapat Tahap Kompetensi Aras IV (Komponen Generik dan Fungsional - kedua-duanya Gred A), namun calon A tersebut masih gagal mendapat Tahap Kompetensi Aras IV.  Oleh yang demikian, calon A tersebut Tidak Dibenarkan sama sekali menduduki Peperiksaan PTK Siri 1/2011 dan berikutnya untuk memperbaiki kedua-dua komponen pada tahun hadapan sehingga calon A tersebut berada di Gred yang lebih tinggi, maka beliau boleh mendudukinya pada kali pertama gred yang baru.

KELONGGARAN SYARAT MENDUDUKI PTK BAGI PEGAWAI YANG MEMANGKU JAWATAN (SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 19 TAHUN 2008-"PENGUBAHSUAIAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN" - boleh di muatturun di menu 'Surat/Pekeliling'

 Petikan SPP 19 Tahun 2008:

"21. Kelonggaran syarat menduduki PTK diberi kepada pegawai yang memangku atau pegawai yang dipinjamkan/ditukar sementara sebagai mengiktiraf kemampuan dan keupayaan pegawai yang melaksanakan tanggungjawab di gred yang lebih tinggi.

22. Pegawai berkenaan boleh menduduki PTK di gred yang lebih tinggi tersebut tertakluk kepada syarat berikut:

(a) Pegawai telah lulus PTK di gred hakiki; dan
(b) pegawai hanya dibenarkan untuk menduduki PTK satu gred lebih tinggi sahaja daripada gred hakikinya.

23. Pegawai yang memilih untuk menggunakan kelonggaran syarat ini, keputusan yang boleh dipertimbangkan adalah tidak lebih daripada Aras III."

Bagi Pegawai Gred KB26 dan KB38, yang memangku, keputusan kursus yang akan di ambil tidak lebih dari Aras III tidak memberikan apa-apa kelayakan kenaikan pangkat (Kenaikan Pangkat gred ini adalah berasaskan Peperiksaan Khas Gred KB29 / KB41)mahu pun mendapat anjakan gaji.  Oleh itu, hanya Pegawai Bomba Gred KB24 sahaja di benarkan mengikuti kursus.  Harap maklum. 

MEMPERBAIKI KEPUTUSAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

Petikan SPP 19/2008 :

"40. Pegawai yang mendapat keputusan PTK Lulus Bersyarat (Aras II) dan Tidak Melepasi Tahap Kompetensi (Aras I) boleh menduduki semula komponen yang berkenaan atau mengulangi keseluruhan PTK.

41. Pegawai yang Lulus atau Melepasi Tahap Kompetensi (Aras III) dibenarkan memperbaiki keputusan PTK dengan tujuan meningkatkan kompetensi ke aras yang lebih tinggi. Pegawai berkenaan diberi peluang sekali sahaja untuk berbuat demikian di Tahap Kecekapan berkenaan mulai berkuat kuasanya pekeliling ini. Oleh itu, pegawai perlu membuat persediaan mencukupi bagi memastikan peluang dimanfaatkan sepenuhnya.

42. Hanya keputusan terbaik yang dicapai oleh pegawai akan diambil kira bagi menentukan keputusan PTK pada Tahap Kecekapan yang berkenaan."

MAKLUMAN KANDUNGAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIRI 2 TAHUN 2008

Slip keputusan peperiksaan mengandungi dua keputusan berikut:-

i.    Keputusan semasa siri (KEPUTUSAN) - menunjukkan keputusan yang di capai oleh calon dalam peperiksaan siri 2 tahun 2008

ii.   Keputusan Terbaik Calon (KEPUTUSAN TERBAIK ) - menunjukkan keputusan terbaik calon yang di kira dalam siri-siri peperiksaan yang lalu sehingga peperiksaan siri 2 tahun 2008.  Contoh-contoh kes yang di catat dalam slip keputusan adalah seperti berikut:-

a.    Jika calon mendapat Aras II (mana-mana kompetensi - Generik/Fungsional) pada peperiksaan siri 1/2008 dan mendapat Aras  III pada peperiksaan siri 2/2008, maka KEPUTUSAN TERBAIK calon Aras III (2/2008), iaitu calon telah dapat meningkatkan keputusan terbaik dalam siri 2/2008 berbanding siri 1/2008.

b.    Jika calon mendapat Aras III pada peperiksaan siri 1/2008 dan mendapat Aras III/Aras II/Aras I pada peperiksaan siri 2/2008, maka KEPUTUSAN TERBAIK calon ialah Aras III (1/2008) - Calon masih mengekalkan keputusan terbaik pada siri 1/2008, iaitu siri pertama terbaik calon di mana tiada pencapaian yang lebih baik dari siri tersebut.

c.    Jika calon telah mendapat Aras IV Kompetensi Generik pada siri 1/2008 yang lalu dan calon hanya mengambil sebahagian sahaja peperiksaan iaitu kompetensi Fungsional, maka aras calon yang di catatkan di bawah KEPUTUSAN siri 2/2008 untuk kompetensi Generik ialah Aras I (di generate oleh Sistem secara Otomatik - Calon hadir sebahagian). Aras sebenar pencapaian calon ialah di bawah KEPUTUSAN TERBAIK di nyatakan Aras IV pada siri terbaik 1/2008.  

Makluman Pemakaian Kaedah Pelaksanaan PTK Mengikut SPP 19 Tahun 2008

Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menggunakan kaedah penilaian PTK baru berasaskan Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bilangan 19 Tahun 2008 sebagai menggantikan kaedah penilaian sedia ada tidak lewat dari 1 Januari, 2010.  Bagi Peperiksaan PTK Siri 2 Tahun 2009 masih lagi menggunakan kaedah sedia ada. 

 


 
BILANGAN PELAWAT
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday261
mod_vvisit_counterYesterday341
mod_vvisit_counterThis week1594
mod_vvisit_counterThis month9553
mod_vvisit_counterAll156230
Advertisement