Unit Kompetensi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia - FAQ PTK
Sunday, 26 October 2014
Company Home
Utama arrow FAQs/Soalan Lazim arrow FAQ PTK
MENU UTAMA
Utama
Maklumat Unit
Hubungi Kami
Berita
Panduan Pengguna
Sukatan Peperiksaan
Jadual Peperiksaan
Daftar Calon Atas Talian
Semakan Daftar Atas Talian
Semak Keputusan Atas Talian
Muat Turun
Carian
FAQs/Soalan Lazim
Surat / Pekeliling
Kalendar Peperiksaan
Garis Panduan
PAUTAN PEKELILING
JPA
MAMPU
Perbendaharaan
Daftar Peperiksaan JPA (Perkhidmatan) Online
MUAT TURUN TERBARU

No Documents
FAQ PTK PDF E-mail

Apakah itu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)?

JAWAPAN:

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) adalah satu kaedah untuk menilai seseorang pegawai sama ada mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan dari segi pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi atau sebaliknya. Setiap PTK mengandungi dua bahagian iaitu kompetensi umum dan kompetensi khusus.

Kompetensi umum meliputi perkara-perkara yang perlu dimiliki oleh semua lapisan pegawai awam seperti ciri-ciri peribadi, kepimpinan dan komunikasi. Kompetensi khusus ialah kecekapan yang berkaitan tugas jawatan dalam perkhidmatan pegawai. PTK telah diperkenalkan mulai 1 November 2002 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.


SOALAN:

Apakah rasionalnya PTK diperkenalkan?

JAWAPAN:

PTK diperkenalkan bagi memupuk pembangunan diri, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan menyediakan pegawai perkhidmatan awam dalam pelaksanaan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kompetensi. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan pegawai perkhidmatan awam bagi menghadapi cabaran globalisasi, meningkatkan daya saing negara, memupuk sikap dan budaya baru dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan (service delivery system).


SOALAN:

Apakah objektif PTK?

JAWAPAN: 

 

Secara ringkasnya, objektif PTK adalah untuk menggalakkan pembangunan diri melalui pembelajaran berterusan ke arah memastikan pegawai perkhidmatan awam mempunyai tahap kecemerlangan yang ditetapkan. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.


SOALAN:

Apakah komponen yang diukur melalui PTK?

JAWAPAN:

Komponen yang diukur melalui PTK adalah pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi pegawai (sikap, nilai dan etika kerja) bagi sesuatu gred jawatan dalam perkhidmatan yang disandang oleh pegawai.


SOALAN:

Adakah PTK merupakan satu bentuk penilaian kompetensi?

JAWAPAN:

Ya, PTK mengukur kompetensi yang diperlukan oleh seseorang pegawai bagi melaksanakan tugas jawatannya. Kompetensi tersebut dibahagikan kepada dua jenis iaitu umum dan khusus.

Kompetensi umum adalah tahap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi.

Kompetensi khusus pula merupakan tahap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan secara khusus.


SOALAN:

Bolehkah seseorang pegawai tidak mahu menduduki Peperiksaan PTK?

JAWAPAN:

Kerajaan menggalakkan seseorang pegawai untuk menduduki PTK bagi tujuan mendorong usaha menerapkan pembelajaran berterusan dan membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.  Walau bagaimanapun, seseorang pegawai yang memilih untuk tidak menduduki PTK tidak akan berpeluang mendapat Anjakan Gaji dan juga tidak memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat tetapi masih menikmati Pergerakan Gaji Biasa tertakluk kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan.


SOALAN:

 

Apakah kaedah-kaedah penilaian yang digunakan dalam PTK?

 

JAWAPAN:

 

Kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengukur tahap kecekapan pegawai dalam PTK adalah melalui peperiksaan, kursus dan ujian amali/pemerhatian/temuduga mengikut kumpulan perkhidmatan selaras dengan tahap kecekapan pegawai yang terlibat.

 


 

SOALAN:

 

 

Bagaimanakah seseorang pegawai boleh dianggap lulus atau kandas PTK?

 

 

JAWAPAN:

 

 

Sebenarnya tidak berbangkit isu lulus atau kandas dalam PTK. Keputusan PTK bermaksud sama ada seseorang pegawai melepasi atau tidak melepasi aras kecemerlangan yang ditetapkan.PTK bukan untuk menilai kompetensi asas yang dimiliki oleh seseorang pegawai. Sebaliknya, ia adalah untuk mengukur tahap kecekapan pada satu aras yang lebih tinggi. Pegawai yang melepasi aras kecemerlangan yang ditetapkan adalah memenuhi salah satu syarat untuk anjakan gaji dan kenaikan pangkat. Pencapaian ini juga akan mendorong pegawai tersebut untuk terus membangunkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi.

 


 

SOALAN: 

 

 

Adakah seseorang pegawai berpeluang mengulangi PTK sekiranya tidak melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan yang ditetapkan?

 

JAWAPAN:

 

Seseorang pegawai yang tidak melepasi tahap kecekapan bagi mana-mana bahagian dalam PTK sama ada peperiksaan, kursus atau ujian amali/pemerhatian/temuduga pegawai dikehendaki mengulangi semula bahagian-bahagian atau keseluruhan PTK tertakluk kepada keputusan yang

diperolehi.

 


 

SOALAN:

 

Mengapakah aras kecemerlangan yang ditetapkan terlalu tinggi?

 

 

JAWAPAN:

 

 

PTK merupakan satu instrumen untuk membangunkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terpuji, bagi membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam. Untuk mengukur dan menilai pencapaian seseorang pegawai ke arah kecemerlangan ini, satu aras kecekapan tertentu perlu ditetapkan sebagai tahap kecemerlangan bagi semua peringkat PTK. Pemakaian PTK bersama dengan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan akan menjadikan pengukuran prestasi pegawai perkhidmatan awam lebih objektif selaras dengan tuntutan semasa. Oleh yang demikian, setiap usaha untuk menduduki PTK hendaklah dilihat sebagai tindakan oleh seseorang pegawai untuk membudayakan kecemerlangan di dalam perkhidmatan awam.

 


 

SOALAN: 

 

Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pegawai untuk menduduki PTK?

 

JAWAPAN:

 

Setiap pegawai yang berhasrat untuk menduduki dan melepasi PTK, hendaklah terlebih dahulu memahami konsep PTK itu sendiri. Selain daripada itu, pegawai tersebut perlulah bersedia dengan memahami sukatan peperiksaan atau kurikulum kursus yang telah disediakan bagi perkhidmatannya. Seseorang pegawai itu hendaklah juga bersedia dengan pembacaan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan dengan merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang diperakukan.

 


 

SOALAN:

 

Apakah bahan-bahan rujukan untuk menduduki PTK?

 

JAWAPAN:

 

Bahan-bahan rujukan adalah sebagaimana yang diperakukan berdasarkan sukatan peperiksaan atau kurikulum kursus bersesuaian dengan tahap PTK yang diduduki dan skop perkhidmatan pada gred jawatan tertentu.

 


 

SOALAN: 

 

Di manakah seseorang pegawai boleh menduduki PTK sekiranya sedang berkhidmat di luar negara?

 

JAWAPAN:

 

Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat di luar negara, boleh memohon menduduki peperiksaan PTK di pejabat kedutaan/suruhanjaya tinggi yang berkenaan. Walau bagaimanapun, kursus PTK tidak diadakan di luar negara. Seseorang pegawai dikehendaki memohon untuk menghadiri kursus berkenaan kepada Ketua Perkhidmatan masing-masing melalui ketua jabatan di mana seseorang pegawai itu bertugas.

 


 

SOALAN:

 

Di manakah seseorang pegawai boleh menduduki PTK sekiranya sedang berkursus di luar negara?

 

JAWAPAN:

 

Seseorang pegawai yang sedang berkursus di luar negara, boleh memohon menduduki peperiksaan PTK di kedutaan/suruhanjaya tinggi yang berkenaan. Walau bagaimanapun, kursus PTK tidak diadakan di luar negara. Seseorang pegawai dikehendaki memohon untuk menghadiri kursus berkenaan kepada Ketua Perkhidmatan masing-masing. Seseorang pegawai yang ingin menduduki peperiksaan atau kursus PTK, boleh berbuat demikian sekiranya ia tidak menjejaskan pengajiannya. Pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (bagi perkhidmatan gunasama) atau pihak-pihak yang berkenaan (bagi perkhidmatan bukan gunasama).

 


 

SOALAN: 

 

Bolehkah seseorang pegawai menduduki PTK sekiranya sedang berkursus di dalam negeri?

 

 

JAWAPAN:

 

 

Seseorang pegawai yang sedang berkursus di dalam negeri boleh memohon untuk menduduki peperiksaan  PTK. Seseorang pegawai yang ingin menduduki peperiksaan atau kursus PTK, boleh berbuat demikian sekiranya ia tidak menjejaskan pengajiannya. Pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (bagi perkhidmatan gunasama) atau pihak-pihak yang berkenaan (bagi perkhidmatan bukan gunasama).

 


 

SOALAN: 

 

Bilakah seseorang pegawai layak menduduki PTK?

 

 

JAWAPAN:

 

Seseorang pegawai layak menduduki PTK apabila memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

i. bagi TK 1, setelah disahkan dalam perkhidmatan;

ii. bagi TK 2, setelah berada di Peringkat Gaji P2 dalam Jadual Gaji Matriks skim perkhidmatannya;

iii. bagi TK 3, TK 4, TK 5 dan TK 6, setelah berada pada gred yang disandang secara hakiki.

 


 

 

SOALAN:

 

Apakah Tahap Kecekapan yang perlu diduduki oleh seorang pegawai yang berada di P3 dalam Jadual Gaji Matriks?

 

JAWAPAN:

 

Pegawai yang berada di P3 dalam Jadual Gaji Matriks boleh menduduki sama ada TK 1 atau TK 2.

 


 

SOALAN:

 

Berapa kerapkah PTK diadakan dalam setahun?

 

JAWAPAN:

 

Untuk peperiksaan PTK, ia diadakan DUA KALI setahun. Kekerapan kursus PTK dalam setahun bergantung kepada bilangan calon yang memohon dan layak mengikuti kursus. Pegawai boleh merujuk kepada jadual peperiksaan dan kursus yang dikeluarkan.

 


 

SOALAN:

 

Bilakah keputusan PTK diumumkan?

 

JAWAPAN:

 

Keputusan PTK akan diumumkan setelah diluluskan oleh Lembaga Penilaian Kompetensi yang berkaitan.

 


 

SOALAN: 

Siapakah yang menggubal soalan-soalan PTK?

 

JAWAPAN:

 

Soalan-soalan PTK digubal oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing yang dilantik oleh panel peperiksaan yang berkaitan.

 


 

SOALAN:

Siapakah yang memeriksa kertas jawapan PTK?

 

JAWAPAN:

 

Kertas jawapan objektif diperiksa melalui komputer. Skrip jawapan bertulis pula, diperiksa oleh pemeriksa yang pakar dalam bidang masing-masing yang dilantik oleh panel peperiksaan berkaitan.

 


 

SOALAN: 

Siapakah yang merangka sukatan peperiksaan dan kurikulum kursus PTK?

 

JAWAPAN:

 

Sukatan peperiksaan digubal oleh Panel Penggubalan Sukatan Peperiksaan PTK. Kurikulum kursus pula digubal oleh Panel Penggubalan Kurikulum Kursus PTK. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pegawai yang pakar dalam bidang masing-masing.

 

 


 

 

SOALAN: 

 

 

Bagaimanakah seseorang pegawai boleh memohon untuk menduduki peperiksaan PTK?

 

JAWAPAN:

 

Bagi perkhidmatan gunasama di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, permohonan untuk menduduki peperiksaan PTK hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan menggunakan borang OMR JPA. Bagi perkhidmatan bukan gunasama dan perkhidmatan

gunasama Akauntan Negara, borang permohonan bagi peperiksaan boleh diperolehi daripada kementerian atau jabatan berkenaan. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada urus setia di kementerian atau jabatan masing-masing.

 


 

SOALAN: 

Bagaimanakah seseorang pegawai boleh memohon untuk menduduki kursus PTK?

 

JAWAPAN:

 

Permohonan untuk menduduki kursus PTK hendaklah menggunakan borang permohonan kursus PTK yang disediakan. Bagi perkhidmatan gunasama borangborang permohonan boleh diperolehi daripada :-

i. Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam;

ii. semua kementerian dan ibu pejabat jabatan Persekutuan;

iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;

iv. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Cawangan Sabah atau Sarawak;

v. Pejabat Daerah/ Jajahan/ Residen; dan

vi. Jabatan Pendidikan Negeri. Bagi perkhidmatan bukan gunasama dan perkhidmatan gunasama Akauntan Negara, borang permohonan bagi kursus boleh diperolehi daripada kementerian atau jabatan berkenaan. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada urus setia kursus di kementerian atau jabatan masing-masing.

 


 

SOALAN: 

Adakah pegawai yang tidak memilih Sistem Saraan Malaysia tertakluk kepada PTK dalam urusan kenaikan pangkat?

 

JAWAPAN:

 

Pegawai yang tidak memilih Sistem Saraan Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat kenaikan pangkat Sistem Saraan Baru atau Jawatankuasa Kabinet 1976 mengikut mana yang berkenaan.

 


 

SOALAN:

 

Bolehkah PTK digantikan dengan kursus-kursus yang dianggap setaraf dengannya?

 

JAWAPAN:

 

Boleh, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Penilaian Kompetensi yang berkenaan.

 


 

SOALAN:

 

Adakah nilai taraf diberi bagi kelayakan-kelayakan yang tertentu untuk menggantikan PTK?

 

JAWAPAN:

 

Lembaga Penilaian Kompetensi boleh menimbangkan permohonan untuk memberi nilai taraf kepada kelayakan tertentu sebagai memenuhi sebahagian keperluan PTK.

 


 

SOALAN:

 

Bolehkah pegawai yang belum lulus PTK dibenarkan menanggung kerja?

 

JAWAPAN:

 

Pegawai yang belum melepasi tahap kecekapan yang disyaratkan boleh dipertimbangkan menanggung kerja jika didapati sesuai.

 


 

SOALAN:

 

Bolehkah pegawai yang belum lulus PTK dibenarkan memangku?

 

JAWAPAN:

 

Pegawai yang belum melepasi tahap kecekapan yang disyaratkan boleh dipertimbangkan memangku bagi tempoh yang terhad bagi membolehkan tugas-tugas jawatan yang dipangku dilaksanakan sepenuhnya.

 


 

 

SOALAN: 

 

 

Tidakkah Sistem Saraan Malaysia akan menyebabkan pegawai mengutamakan lulus PTK untuk mendapat Anjakan Gaji dan kurang menumpukan perhatian kepada kerja atau usaha-usaha lain yang dapat meningkatkan prestasi kerja?

 

JAWAPAN:

 

Anjakan Gaji tidak semata-mata ditentukan oleh PTK tetapi juga disokong oleh Ketua Jabatan dan memperolehi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang baik. Oleh itu, pegawai perlu memberi tumpuan bukan sahaja untuk melepasi tahap kecekapan tetapi juga usaha lain yang dapat menyumbang kepada organisasi.

 


 

SOALAN: 

Adakah pegawai yang lulus PTK perlu menduduki peperiksaan jabatan?

 

JAWAPAN:

 

Seseorang pegawai perlu menduduki peperiksaan jabatan sebagaimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatannya.

 


 

SOALAN:

 

Berapa lamakah tempoh sahlaku keputusan PTK?

 

JAWAPAN:

 

Tiada tempoh luput bagi sesuatu keputusan melepasi tahap kecekapan. Keputusan tersebut memenuhi salah satu syarat untuk melayakkan seseorang pegawai dipertimbangkan bagi Anjakan Gaji dan/atau kenaikan pangkat pada Peringkat Gaji dan gred jawatan berkenaan.

 


 

SOALAN:

 

Adakah PTK diambil kira untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

 

JAWAPAN:

 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tidak dikaitkan dengan PTK tetapi berasaskan prestasi dan sumbangan pegawai kepada organisasi. Ini bermakna pegawai yang tidak melepasi tahap kecekapan masih berpeluang dipertimbangkan untuk APC.

 


 

SOALAN: 

Adakah benar PTK lebih menguntungkan pegawai yang melakukan kerja-kerja penyelidikan, latihan, peperiksaan dan kursus berbanding dengan pegawai yang membuat kerja rencam?

 

 

JAWAPAN:

 

 

Persoalan sama ada PTK menguntungkan mana-mana pegawai dalam bidang tertentu tidak berbangkit. Setiap pegawai dinilai mengikut kompetensi umum dan kompetensi khusus berdasarkan keperluan di gred jawatan dan perkhidmatan masing-masing.

 


 

SOALAN:

 

Apakah implikasinya jika seseorang pegawai tidak menduduki PTK?

 

JAWAPAN:

 

Seseorang pegawai yang tidak menduduki PTK tidak dapat membuktikan peningkatan pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan ciri-ciri peribadi unggul untuk pembangunan diri ke arah membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.

 

Selain daripada itu,

i. pegawai tidak dipertimbangkan mendapat Anjakan Gaji. Walau bagaimanapun, seseorang pegawai masih boleh menikmati Pergerakan Gaji Biasa, tertakluk kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan; dan

 

ii. seseorang pegawai juga tidak layak untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat. Ini kerana salah satu daripada syarat yang melayakkan seseorang pegawai diberi pertimbangan kenaikan pangkat ialah melepasi

tahap kecekapan yang ditetapkan.

 


 

SOALAN:

 

Apakah implikasinya jika seseorang pegawai tidak melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan yang ditetapkan?

 

 

JAWAPAN:

 

 

Pegawai berkenaan tetap menikmati Pergerakan Gaji Biasa, tertakluk kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan. Pegawai berkenaan masih diberi peluang untuk menduduki semula sebahagian atau keseluruhan PTK mengikut mana yang berkenaan.

 


 

SOALAN: 

Apakah terdapat kuota dalam melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan PTK?

 

JAWAPAN:

 

Tidak ada kuota yang ditetapkan dalam melepasi tahap kecekapan pada aras kecemerlangan PTK.

 


 

SOALAN:

 

Adakah PTK menjejaskan peluang kenaikan pangkat?

 

JAWAPAN:

 

Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah tertakluk kepada beberapa faktor seperti merit, kekosongan jawatan, bebas daripada tindakan tatatertib dan lain-lain. PTK hanya salah satu daripada syarat kenaikan pangkat.

 


 

SOALAN: 

Bolehkah seseorang pegawai tidak menduduki PTK?

 

JAWAPAN:

 

Kerajaan menggalakkan seseorang pegawai untuk menduduki PTK bagi tujuan mendorong usaha menerapkan pembelajaran berterusan dan membudayakan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, seseorang pegawai yang memilih untuk tidak menduduki PTK tidak berpeluang mendapat Anjakan Gaji dan juga tidak memenuhi salah satu syarat untuk dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat tetapi masih menikmati Pergerakan Gaji Biasa tertakluk kepada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang memuaskan.

 


SOALAN:

Bolehkah seseorang pegawai yang dalam kedudukan Khas Untuk Penyandang (KUP) Gred KB 17 menduduki peperiksaan PTK?

JAWAPAN:

Pegawai ini TIDAK DIBENARKAN menduduki peperiksaan PTK Gred KB 17 kerana gred hakiki pegawai bukan dalam gred KB 17 dan sebarang keputusan peperiksaan PTK tidak memberikan apa-apa makna kepada pegawai sama ada untuk anjakan gaji mahu pun kenaikan pangkat.


 SOALAN:

Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang pegawai layak menduduki Peperiksaan PTK?

JAWAPAN:

Seseorang pegawai layak menduduki peperiksaan PTK setelah memperolehi kelayakan-kelayakan berikut:-

i.  Berada dalam gred jawatan hakiki

ii.  Telah disahkan dalam jawatan

iii. Peringkat gaji (Tangga Gaji) P1  T...n bagi TK 1 , P2 T..n bagi TK 2. dan;

iv. Diperakukan oleh Ketua Jabatan


Last Updated ( Wednesday, 21 August 2013 )
 
Next >
CALENDAR
INFORMASI TERKINI
BILANGAN PELAWAT
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday198
mod_vvisit_counterYesterday947
mod_vvisit_counterThis week2248
mod_vvisit_counterThis month7743
mod_vvisit_counterAll739734
Advertisement